|
Laa... terkejut Mangga Muda dengar kisah seorang mamat yang sanggup travel jauh-jauh untuk dapat jumpa selingkuhannya. Mamat tu bukan orang kebanyakan tapi seorang pelakon tampan.
Mamat tu ada juga dikaitkan dengan pelakon lain, tapi ramai yang dapat mengagak mereka memang tiada apa-apa hubungan sebaliknya hanya berkawan sahaja. Yalah ramai yang tahu cerita sebalik tabir mereka berdua.
Mangga Muda bukan nak cakap pasal pelakon wanita tu, tapi pasal pelakon lelaki tampan yang kerap berjumpa selingkuhannya di luar Kuala Lumpur. Siapa selingkuhannya? Orang biasa sahaja tapi memiliki personaliti yang menarik.
Selingkuhannya itu krew sahaja. Bukan krew filem sebaliknya bekerja dengan sebuah syarikat yang sering mengadakan acara road tour di seluruh negara dan artis itu selalu juga meluangkan masa bersama-sama rombongan tersebut. Agaknya sebab mahu besama dengan selingkuhannya.
Bila di sana mereka sempatlah menghabiskan masa bersama-sama. Yalah road show pun ada waktu rehat juga dan itulah masa yang digunakan oleh pelakon lelaki itu untuk berasmaradana.
"Aku tengok selingkuhan pelakon tu pun meleleh juga air liur sebab memang ada gaya walaupun hanya pekerja bawahan sahaja," kata kawan Mangga Muda dengan gaya manjanya.
Oh.... sebab itulah kelihat artis lelaki tu selalu ada bila syarikat tersebut ada acara, rupa-rupanya mahu berjumpa seseorang. Selingkuhan itu memang selalu ada kerana sememangnya ditugaskan bekerja semasa ada road tour. Bila ditanya masanya, terus dia kata dia free.
Mangga Muda: Kalau dah macam tu mengaku ajalah... jangan pula disorok-sorok sebab nanti akan pecah lubang juga.
Trackback(0)
 |